Monday, June 4, 2012

Set Rawatan Kesihatan
Ke Arah Kehidupan Yang Sihat


Set Rawatan Kesihatan De bella merupakan set yang ideal untuk keluarga yang mengutamakan kesihatan. Didatangkan bersama gel minuman , jelly, bedak talkum  dan beberapa produk kesihatan lain, ia mengandungi kehebatan aloe vera. Ia sesuai untuk setiap ahli keluarga dan setiap rumah perlu memilikinya. Untuk kelegaan cepat dan berkesan , dapatkanlah Set Rawatan Kesihatan De Bella hari ini.
Set Rawatan Kesihatan De bella didatangkan dengan produk-produk hebat ini : Aloe Vera Drinking Gel, Aloe Vera Jelly, Aloe Vera Icy Cool, Aloe Vera Trim Line,  Aloe Vera Bath Gel, Aloe Vera Shampoo Icy Cool dan Aloe Vera Talcum Powder.
 



ALOE VERA DINKING GEL

Aloe Vera Drinking Gel baik untuk kesihatan. Dengan formula pekat yang menyamai perahan aloe vera asli, ia menghasilkan kesan yang menakjubkan. Ia tidak berbahayadan tidak mempunyai kesan sampingan.

Harga : 

RM 50.00 




ALOE VERA JELLY

Diperbuat daripada pati perahan aloe vera, Aloe Vera Jelly berbentuk losyen ini dirumus khas untuk merawat pelbagai jenis penyakit kulit. Ia juga menjadi penawar luka kulit, penghilang parut dan sesuai digunakan untuk merawat kecemasan.

Harga : 

RM 38.00








ALOE VERA ICY COOL
Sebagai sapuan yang efektif untuk rawatan luaran, Aloe Vera Icy Cool memberi resapan yang mendalam dengan rasa dingin yang menyegarkan. Melegekan dan cepat bertindak, ia sungguh berkesan.


Harga : 

RM 34.00 









ALOE VERA SHAMPOO ICY COOL


Diperkaya dengan pati aloe vera, Aloe Vera Shampoo Icy Cool ditambahkan dengan kehebatan rasa menthol. Ia dirumus bukan sahaja untuk kulit kepala.



Harga : 

RM 34.00 




ALOE VERA BATH GEL

Dirumus dengan aloe vera, agen pelembap berkesan yang dapat menyerap minyak berlebihan, Aloe Vera Bath Gel membantu membersih dan menyegarkan kulit. Bahan antibiotiknya dapat mengecutkan kuman di bahagian liang roma dan elemen dalam aloe veta membantu pembentukan kulit yang baru dan sihat.


Harga : 

RM 30.00 






ALOE VERA TALCUM POWDER

Diperbuat daripada serat aloe vera, talkum istimewa ini mempunyai keharuman semulajadi. Ia juga mempunyai bahan penyerap yang halus dan lembut. 
Harga : 

RM 13.00 







ALOE VERA TRIM LINE

Gel peramping istimewa ini mengandungi bahan Silanol dari rumpai laut yang aktif untuk menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan. Ia berkesan untuk membuang lemak yang berkumpul

Harga : 

RM 38.00 









Untuk sebarang Pertanyaan boleh terus hubungi STOKIS WANGSA MAJU di :
Email   :   cikjenah_81@yahoo.com
No tel  :  6013.3404604 / 6019.2251916


Thursday, November 3, 2011

Lamanya tak Update Blog nih ...

semekom !

Lamanya tak update blog nih .. setahun lebey nih ... update sumer sekali ... uhuhuuh... ..

k. lah nanti sambung update lagik .

Sunday, June 13, 2010

Birthday Party Syaza - 3 years

Syaza dah 3 tahun

Ngan kengkawan yang hadir

Ngan mama & papa

Ngan Embah Wedok , Embah Lanang & Atuk

Packaging pack ( Custom made)
( berminat ?... Nak tempah leh email me at cikjenah_81@yahoo.com)

Topi Birthday ( Custom made )
( berminat ?... Nak tempah leh email me at cikjenah_81@yahoo.com)




Tarikh : 5hb Jun 2010
Hari : Sabtu
Jam : 4.00 pg - 8.00 mlm

Alhamdullilah majlis Hari Lahir Syaza telah selamat berlangsung dengan jayanya .. yeay!.. terima kasih kepada yang sudi hadir .. Terima kasih tidak terhingga kepada BONDA & AYAHANDA saya yang telah bertungkus lumus untuk majlis ini ... Dan Juga kepada suami tercinta ... mestilah kan?... kita sama-sama mengeluarkan modal yang tinggi ... hehehe (tinggi ke .. maklumlah barang mahal ... ) ... untuk majlis ini .... Dan tak lupa kepada adik kecik saya yang membantu menyiapkan Party Pack untuk Anak buah nyer ini & kepada adik apiz plaks... thanks sebab tolong settlekan Syaza bila mama dia sibuk sgt2. sewaktu majlis persiapan sedang dijalankan ...

Terima kasih juga kepada Mak Nah kerana telah byk membantu dari segi peralatan memasak, dan kepada pasangan suami isteri : Cik Pah & Encik Wan kerana membantu semasa persiapan untuk majlis dijalankan ( tolong ptg buah-buahan + tolong makan .. ngeh ngeh ngeh ... ) , kepada Pakcik Anuar & Isteri kerana telah byk membatu dari segi Meja + Kerusi + Lapik Meja dll ....

Juga kepada yang men'sponsor'kan makanan seperti ;
1) Kuah Rojak : 2 balang = Makcik Raenah ( sedap wei ... kalau nak tempah boleh lah bg tau ek )
2) Buah Tembikai : Cik Pah & Kak Mah
3) Pulut Kuning + Rendang Daging : Mak Nah ( Sedap & best )
4) Gaun Birthday Syaza : AYAHANDA & BONDA ( cantik sgt ... walaupun sebenarnya kite yg g beli ... hehehe, mak abah bg duit jerks .. kui kui kui )

Terima kasih juga kepada Cik Fadzilah Zaihan kerana telah membantu dari amik gambar untuk majlis ini ... (walaupun menggunakan camera den .. hehehe )


Jasa Anda Semua Amat Kami Sekeluarga Hargai ....

I LOVE U ALL.... Muaacchhh ....


Wednesday, June 2, 2010

Selamat Hari Lahir Anakanda ku Yang Tersayang ....

HAPPY BIRTHDAY SYAZA SYAHIRA YG

ke 3 tahun

Semoga menjadi anak yang solehah ...
Rajin, Tak Degil... Love U Forever ...

Nanti kite potong kek ek ..

1st

2nd


Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu 2010

Selamat Hari Ibu Untuk Bonda Saya yang Terchenta dan juga untuk saya Ibu kepada Syaza Syahira...

Setelah menjadi IBU baru saya rasa keperitan , kesusahan, kegembiraan , suka dan duka menjadi seorang IBU... dan terima kasih untuk IBU saya terchenta... tanpa mak siapalah saya ....

I LOVE YOU MAK ...

Jom Shopping Online



Jom Singgah ... Jangan Malu-malu

http://busana-warisan.blogspot.com

Tudung Nur Barakah Plain
dalam pelbagai warna ...




Tuesday, May 4, 2010

Beskal Baru Syaza...

Ingat Birthday Syaza next month nak beli Beskal.. tup tup .. papa dia dah belikan .. huhu.. birthday nanti nak beli apa tak tau lagik nih ...so enjoy the picture ... syaza naik beskal ngan jayanya .......cayang anak mama...